Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier
Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen
Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina
Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli
Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin
Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel
Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze
Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze
Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius
Tanpa sikap
disiplin, kita mungkin berhadapan dengan banyak perkara yang mungkin tidak
dapat diselesaikan dalam satu jangka masa yang ditetapkan. Mungkin kita mampu
untuk bergerak sedikit demi sedikit, dengan berbekalkan semangat, motivasi,
keinginan dan impian. Tetapi cepat atau lambat untuk mencapai sesuatu kejayaan
dalam apa yang dikerjakan tidak akan mampu diperolehi tanpa adanya disiplin
dalam diri.
Mungkin kita
juga selalu menganggap bahawa disiplin itu adalah sesuatu perkara yang remeh
temeh ataupun satu kongkongan yang tidak membolehkan kita membuat kerja secara
bebas. Namun disiplin boleh menjadi satu perkara yang negatif dan menyusahkan
apabila ia dilakukan oleh orang lain kepada diri kita. Disiplin adalah posotif
apabila kita sendiri yang mendisiplinkan diri dalam melaksanakan sesuatu,
kerana dengan mendisiplinkan diri akan membawa kebaikan kepada diri pada
akhirnya nanti.
Pilihlah dua
situasi yang berbeza yang berkaitan dengan disiplin, samada kita mendisiplinkan
diri, yang digantikan dengan sesuatu pencapaian atau menunggu orang lain untuk
mendisiplinkan kita, yang kadang-kadang agak menyakitkan diri sendiri.
Zul :
Sesetengah orang menganggap bahawa disiplin itu adalah sesuatu yang
membebankan, namun sebenarnya dengan berdisplin kita akan mendapat banyak
kebaikan dan selalu menghargai masa. (pesanan kepada penulis).
No comments:
Post a Comment