Saturday 5 January 2013

MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 4 &1


MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 4 & 1

2 - 4,Januari,2013 - Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan Minggu Orientasi untuk pelajar pelajar tingkatan 4 dan 1.Program inii telah berjalan dengan baik atas kerjasama semua guru.Program tingkatan 4 telah dijalankan di sebelah pagi oleh guru B&K sebelah pagi manakala guru B&K petang juga melaksanakan program yang sama di sebelah petang.
PHOTO PAGI



PHOTO PETANG



Monday 31 December 2012

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING MENGUCAPKAN "SELAMAT TAHUN BARU"KEPADA SEMUA PELAJAR DAN WARGA SEKOLAH.SEMOGA TAHUN 2013 MENJADIKAN KITA LEBIH BAIK DARI TAHUN SEBELUMNYA.

Sunday 30 December 2012

UNTUK RENUNGAN SEMUA PELAJAR


Ciri-ciri pelajar cemerlang


1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
4. Membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang peperiksaan.
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak    
    sekolah atau pihak kementerian.
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi.
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab  
    tertentu.
9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas.
10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.
11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran.
12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari.
13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang 
      ditetapkan oleh guru berkenaan.
14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama 
     iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan 
     mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan 
     lain-lain lagi.
18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran.
19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk 
    mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book 
    by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu 
    buku rujukan.
23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang 
     sihat. Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang lancar.
26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada 
    pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah 
   hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang  
   suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar.
28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. 
   Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah 
   tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan 
   abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi 
   dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk 
   pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar 
    bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek 
     jasmani dan minda pelajar.
33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan 
    menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai 
   pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.  




Thursday 13 December 2012

BACA DAN AMALKAN DALAM MENGEJAR KECEMERLANGAN


Rabu, 11 Ogos 2010

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG


  • BERANI MENGHADAPI KEGAGALAN
Pelajar seharusnya berani menerima kegagalan.Sedarlah bahawa kegagalan itu perlu.Kejayaan tidak datang dengan serta-merta tanpa percubaan atau setelah seseorang mencubanya dengan sekali sahaja.Setiap kejayaan memerlukan percubaan yang banyak. Oleh itu,beranikanlah diri untuk gagal kerana kegagalan adalah sifat orang yang berjaya dan mengajar kita untuk lebih berusaha.Kegagalan tidak akan menjadi kegagalan selagi kita tidak menerimanya dan mengakui kegagalan diri kita.Sikap mental kita yang akan menunjukkan samada kegagalan itu bersifat sementara atau selamanya.Didalam mengejar cita-cita putus asa bukanlah ciri-ciri pelajar cemerlang,jikalau percubaan pertama gagal jadikanlah kegagalan itu sebagai kekuatan dan semangat untuk bangun semula.

  • BELAJAR DARI KESILAPAN
Kesilapan tidak akan memberi apa-apa kesan jika kita tidak mengendahkanya dan tidak bermuhasabah diri .Oleh itu ambil sedikit waktu untuk fikirkan kembali apakah yang menyebabkan kita gagal dan apakah tindak-tanduk yang menyebabkan kesilapan? Inilah yang dikatakan belajar dari kesilapan,dan mencari cara untuk mencapai kejayaan. Tidak semua orang melakukan sesuatu perkara dengan sempurna. Kesilapan mengajar kita untuk lebih berhati-hati dalam apa jua tindakan yang dilakukan.

  • MEMBACA BUKU
 Amalan membaca sememangnya dituntut.Membaca dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

  • TIDAK MALAS UNTUK BELAJAR
Jangan jadikan diri anda seorang yang bersifat"Bodoh Sombong". jangan malu tuntuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya.Jadikanlah contoh atau model dalam hidup anda. Contohnya kakak,abang anda yang telah berjaya sebagai model anda.Perhatikan ciri-ciri dan dedikasi mereka terhadap tugasan yang diberikan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. pengalaman akan mengajar seseorang itu dengan lebih berkesan,tidak semestinya dengan membaca kita akan mempelajari sesuatu jika tidak mempraktikannya sebagai amalan. 

  • KESEDARAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB.
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai

  • MENJAGA KESIHATAN
Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak makanan segera  atau lebih baik dihindarkan.Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kuih-kuih yang terdedah tanpa ditutup. Pengurusan masa yang betul membolehkan seorang pelajar mengunakan masa dengan berkesandan tidak menganggu waktu rehat, berjaga sepanjang malam merupakan tabiat yang tidak baik kerana menganggu kesihatan.

  • CERGAS
Badan yang sihat menghasilkan otak yang cergas. Otak yang cergas akan melahirkan pemikiran yang lancar. Untuk menghasilkan otak yang cergas pelajar mestilah aktif dalam menjalankan aktiviti dan sentiasa beriadah. pelajar cemerlang tidak hanya menumpukan masa sepenuhnyanuntuk belajar tetapi mengatur jadual untuk beriadah bagi memastikan badan yang sihat dan menjamin otak yang cergas.

  • SEDIAKAN JADUAL WAKTU
Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran. Minta pandangan orang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi,"jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam."

  • SANGGUP MENGHADAPI CABARAN
Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

  • BERSIFAT POSITIF
Apa yang difikirkan atau apa yang diimpikan boleh menjadi kenyataan. Berfikir secara positif dapat mengubah keadaan,begitu juga sebaliknya. Jika kita berfikiran negatif iaitu cepat berputus asa,tidak jujur,membenci ini akan merosakkan diri sendiri. untuk berjaya kita perlulah bersikap positif,kreatif dan menuju kejayaan. Hal ini demikian kerana cara berfikit dapat merubah kehidupan kita. Cara berfikir juga dapat mengubah tindakan kita,hal ini kerana kita memerlukan kekuatan untuk mencapai kejayaan. Dengan bersifat positif kekuatan masalah akan dpat diatasi.

  • MEMILIKI KEPERCAYAAN DIRI
Kepercayaan diri menunjukkan bagaimana kita melihat diri sendiri.Kepercayaan kepada diri bermula apabila kita mengenalpasti kelebihan yang ada. Pelajar yang cemerlang akan mempercayai kebolehan yang ada pada diri mereka. Mereka tidak akan bersedih dengan kelemahan tetapi akan cuba memperbaikinya. Kepercayaan pada diri akan membuatkan kita mempunyai keyakinan untuk berdepan dengan orang lain. Contohnya,perasaan takut hanya dapat diatasi oleh diri sendiri,kepercayaan pada diri akan membuatkan keberanian mengatasi ketakutan.

  • PERCAYA KEPADA TUHAN
Merupakan asas yang paling penting. Setelah berusaha,kita hendaklah berdoa dan bertawakal. pelajar yang cemerlang akan menyeimbangakan kehidupan dunia dan akhirat untuk mendapat keredaan tuhan.Sifat Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Thursday 15 November 2012

PERMANTAPAN AKIDAH DAN SMART SOLAT

17,18 dan 19 November,2012-Kursus Permantapan akidah dan Smart Solat telah diadakan di Majlid Negeri Melaka.Program ini anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan dikendalikan oleh JMG konsanstan.




PHOTO LAIN KLIK DI SINI

Friday 9 November 2012

MAJLIS PERPINDAHAN CIKGU HASHIM

Guru-guru sidang petang meraikan Cikgu Hashim yang berpindah ke sidang pagi sebagai GPK Hem.Tahniah  Cikgu,moga dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih baik lagi.

Sunday 21 October 2012

Murasabah Diri


ingatam untuk pelajar

Awex sakit - risau
mak sakit - buat tak tau
hari jadi awex - diberi hadiah
hari jadi maknya - buat tak tau
awex belum makan - ditanya
maknya belum makan - tidak pernah ambil tahu
awex marah - sedih
maknya marah - marah balik

Tetapi Bila Saat Begini:

masa sakit - panggil mak
bila Sedih - cari mak
bila dihina - mengadu dekat mak
mau apa saja - minta dekat mak
bila mak dah xda baru nak nangis~

*Hargailah mereka selagi mereka masih ada.. ♥,♥