UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING MENGUCAPKAN "SELAMAT TAHUN BARU"KEPADA SEMUA PELAJAR DAN WARGA SEKOLAH.SEMOGA TAHUN 2013 MENJADIKAN KITA LEBIH BAIK DARI TAHUN SEBELUMNYA.
Monday, 31 December 2012
Sunday, 30 December 2012
UNTUK RENUNGAN SEMUA PELAJAR
Ciri-ciri pelajar cemerlang
Ciri-ciri pelajar cemerlang seperti berikut:
1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
4. Membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang peperiksaan.
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak
sekolah atau pihak kementerian.
sekolah atau pihak kementerian.
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi.
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab
tertentu.
tertentu.
9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas.
10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.
11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran.
12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari.
13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang
ditetapkan oleh guru berkenaan.
ditetapkan oleh guru berkenaan.
14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama
iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan
mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan
lain-lain lagi.
lain-lain lagi.
18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran.
19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk
mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book
by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu
buku rujukan.

23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang
sihat. Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang lancar.

26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada
pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah
hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang
suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar.
28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan.
Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah
tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan
abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi
dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk
pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar
bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek
jasmani dan minda pelajar.
jasmani dan minda pelajar.
33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan
menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai
pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Thursday, 13 December 2012
BACA DAN AMALKAN DALAM MENGEJAR KECEMERLANGAN
Rabu, 11 Ogos 2010
CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
- BERANI MENGHADAPI KEGAGALAN
Pelajar seharusnya berani menerima kegagalan.Sedarlah bahawa kegagalan itu perlu.Kejayaan tidak datang dengan serta-merta tanpa percubaan atau setelah seseorang mencubanya dengan sekali sahaja.Setiap kejayaan memerlukan percubaan yang banyak. Oleh itu,beranikanlah diri untuk gagal kerana kegagalan adalah sifat orang yang berjaya dan mengajar kita untuk lebih berusaha.Kegagalan tidak akan menjadi kegagalan selagi kita tidak menerimanya dan mengakui kegagalan diri kita.Sikap mental kita yang akan menunjukkan samada kegagalan itu bersifat sementara atau selamanya.Didalam mengejar cita-cita putus asa bukanlah ciri-ciri pelajar cemerlang,jikalau percubaan pertama gagal jadikanlah kegagalan itu sebagai kekuatan dan semangat untuk bangun semula.
- BELAJAR DARI KESILAPAN
Kesilapan tidak akan memberi apa-apa kesan jika kita tidak mengendahkanya dan tidak bermuhasabah diri .Oleh itu ambil sedikit waktu untuk fikirkan kembali apakah yang menyebabkan kita gagal dan apakah tindak-tanduk yang menyebabkan kesilapan? Inilah yang dikatakan belajar dari kesilapan,dan mencari cara untuk mencapai kejayaan. Tidak semua orang melakukan sesuatu perkara dengan sempurna. Kesilapan mengajar kita untuk lebih berhati-hati dalam apa jua tindakan yang dilakukan.
- MEMBACA BUKU
Amalan membaca sememangnya dituntut.Membaca dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
- TIDAK MALAS UNTUK BELAJAR
Jangan jadikan diri anda seorang yang bersifat"Bodoh Sombong". jangan malu tuntuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya.Jadikanlah contoh atau model dalam hidup anda. Contohnya kakak,abang anda yang telah berjaya sebagai model anda.Perhatikan ciri-ciri dan dedikasi mereka terhadap tugasan yang diberikan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. pengalaman akan mengajar seseorang itu dengan lebih berkesan,tidak semestinya dengan membaca kita akan mempelajari sesuatu jika tidak mempraktikannya sebagai amalan.
- KESEDARAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB.
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai
- MENJAGA KESIHATAN
Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak makanan segera atau lebih baik dihindarkan.Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kuih-kuih yang terdedah tanpa ditutup. Pengurusan masa yang betul membolehkan seorang pelajar mengunakan masa dengan berkesandan tidak menganggu waktu rehat, berjaga sepanjang malam merupakan tabiat yang tidak baik kerana menganggu kesihatan.
- CERGAS
Badan yang sihat menghasilkan otak yang cergas. Otak yang cergas akan melahirkan pemikiran yang lancar. Untuk menghasilkan otak yang cergas pelajar mestilah aktif dalam menjalankan aktiviti dan sentiasa beriadah. pelajar cemerlang tidak hanya menumpukan masa sepenuhnyanuntuk belajar tetapi mengatur jadual untuk beriadah bagi memastikan badan yang sihat dan menjamin otak yang cergas.
- SEDIAKAN JADUAL WAKTU
Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran. Minta pandangan orang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi,"jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam."
- SANGGUP MENGHADAPI CABARAN
Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
- BERSIFAT POSITIF
Apa yang difikirkan atau apa yang diimpikan boleh menjadi kenyataan. Berfikir secara positif dapat mengubah keadaan,begitu juga sebaliknya. Jika kita berfikiran negatif iaitu cepat berputus asa,tidak jujur,membenci ini akan merosakkan diri sendiri. untuk berjaya kita perlulah bersikap positif,kreatif dan menuju kejayaan. Hal ini demikian kerana cara berfikit dapat merubah kehidupan kita. Cara berfikir juga dapat mengubah tindakan kita,hal ini kerana kita memerlukan kekuatan untuk mencapai kejayaan. Dengan bersifat positif kekuatan masalah akan dpat diatasi.
- MEMILIKI KEPERCAYAAN DIRI
Kepercayaan diri menunjukkan bagaimana kita melihat diri sendiri.Kepercayaan kepada diri bermula apabila kita mengenalpasti kelebihan yang ada. Pelajar yang cemerlang akan mempercayai kebolehan yang ada pada diri mereka. Mereka tidak akan bersedih dengan kelemahan tetapi akan cuba memperbaikinya. Kepercayaan pada diri akan membuatkan kita mempunyai keyakinan untuk berdepan dengan orang lain. Contohnya,perasaan takut hanya dapat diatasi oleh diri sendiri,kepercayaan pada diri akan membuatkan keberanian mengatasi ketakutan.
- PERCAYA KEPADA TUHAN
Merupakan asas yang paling penting. Setelah berusaha,kita hendaklah berdoa dan bertawakal. pelajar yang cemerlang akan menyeimbangakan kehidupan dunia dan akhirat untuk mendapat keredaan tuhan.Sifat Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.
Thursday, 15 November 2012
PERMANTAPAN AKIDAH DAN SMART SOLAT
17,18 dan 19 November,2012-Kursus Permantapan akidah dan Smart Solat telah diadakan di Majlid Negeri Melaka.Program ini anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan dikendalikan oleh JMG konsanstan.
PHOTO LAIN KLIK DI SINI
Friday, 9 November 2012
MAJLIS PERPINDAHAN CIKGU HASHIM
Guru-guru sidang petang meraikan Cikgu Hashim yang berpindah ke sidang pagi sebagai GPK Hem.Tahniah Cikgu,moga dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih baik lagi.
Sunday, 21 October 2012
Murasabah Diri
ingatam untuk pelajar
Awex sakit - risau
mak sakit - buat tak tau
hari jadi awex - diberi hadiah
hari jadi maknya - buat tak tau
awex belum makan - ditanya
maknya belum makan - tidak pernah ambil tahu
awex marah - sedih
maknya marah - marah balik
Tetapi Bila Saat Begini:
masa sakit - panggil mak
bila Sedih - cari mak
bila dihina - mengadu dekat mak
mau apa saja - minta dekat mak
bila mak dah xda baru nak nangis~
*Hargailah mereka selagi mereka masih ada.. ♥,♥
Saturday, 4 August 2012
Wednesday, 1 August 2012
Thursday, 28 June 2012
MUTIARA KATA
Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier
Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen
Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina
Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli
Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin
Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel
Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze
Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze
Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius
Tanpa sikap
disiplin, kita mungkin berhadapan dengan banyak perkara yang mungkin tidak
dapat diselesaikan dalam satu jangka masa yang ditetapkan. Mungkin kita mampu
untuk bergerak sedikit demi sedikit, dengan berbekalkan semangat, motivasi,
keinginan dan impian. Tetapi cepat atau lambat untuk mencapai sesuatu kejayaan
dalam apa yang dikerjakan tidak akan mampu diperolehi tanpa adanya disiplin
dalam diri.
Mungkin kita
juga selalu menganggap bahawa disiplin itu adalah sesuatu perkara yang remeh
temeh ataupun satu kongkongan yang tidak membolehkan kita membuat kerja secara
bebas. Namun disiplin boleh menjadi satu perkara yang negatif dan menyusahkan
apabila ia dilakukan oleh orang lain kepada diri kita. Disiplin adalah posotif
apabila kita sendiri yang mendisiplinkan diri dalam melaksanakan sesuatu,
kerana dengan mendisiplinkan diri akan membawa kebaikan kepada diri pada
akhirnya nanti.
Pilihlah dua
situasi yang berbeza yang berkaitan dengan disiplin, samada kita mendisiplinkan
diri, yang digantikan dengan sesuatu pencapaian atau menunggu orang lain untuk
mendisiplinkan kita, yang kadang-kadang agak menyakitkan diri sendiri.
Zul :
Sesetengah orang menganggap bahawa disiplin itu adalah sesuatu yang
membebankan, namun sebenarnya dengan berdisplin kita akan mendapat banyak
kebaikan dan selalu menghargai masa. (pesanan kepada penulis).
Wednesday, 23 May 2012
10 petua membina sikap positif
10 Petua
Membina Sikap Positif
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

PERHATIAN:
Hakcipta dituntut oleh MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd. Anda tidak
boleh mencetak atau mengedar bahan-bahan dari laman-map ini sebelum terlebih
dahulu mendapat kebenaran dari kami. Bahan-bahan ini adalah untuk tatapan
anda sebagai satu sumber ilmu pengetahuan. Sebarang pertanyaan atau
permohonan untuk mendapat kebenaran boleh dibuat melalui emel.
Petua 1 :
Jangkakan Kejayaan
Hukum minda mengatakan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidak jangkakan kejayaan. Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia.
Manusia biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai sasaran, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan tersebut. Lihat diri anda sebagai seseorang yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam.
Apabila kita rasakan yang kita tidak punya masa depan, tiada harapan untuk maju, tiada peluang untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan menjurus kita kepada satu sikap negatif iaitu sikap malas.
Petua 2 : Lakunkan Watak Orang Cemerlang
Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Sebab itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model) yang boleh ditauladani.

Cuba lihat
senario berikut, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, telah dipilih untuk
berlakun dalam sebuah filem tempatan. Kisahnya berkisar kehidupan
pelajar-pelajar sekolah dan anda telah dipilih sebagai pelakun utama.
Bayarannya cukup lumayan iaitu RM10,000 dan nama anda juga akan dikenali ramai
setelah filem ini ditayangkan. Anda dikehendaki melakunkan watak pelajar
cemerlang. Syarat untuk anda kekal sebagai pelakun cuma dua iaitu, yang pertama
anda mestilah menjaga disiplin dan masa anda. Maknanya, apabila pergambaran
bermula jam 5 petang maka anda mesti berada dilokasi sebelum masa tersebut.
Yang keduanya pula, anda mesti menghayati watak pelajar cemerlang sepenuhnya.
Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan anda, dia akan gugurkan nama anda
dari senarai pelakun pada bila-bila masa. Pengarah tidak risau sebab anda
pelakun baru, satu ditolak berpuluh akan memohon untuk berlakun.
Kalau anda
berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Saya yakin anda akan mula
meneliti dan memahami plot filem tersebut bersungguh-sungguh. Anda mula
menghafal skrip yang diberikan ayat demi ayat biarpun ketebalannya mencecah
ratusan muka surat. Anda akan mula menjiwai dan menghayati watak pelajar
cemerlang yang diberikan kepada anda. Anda akan tiru gaya, percakapan dan cara
hidup mereka. Pendek kata anda mahu penonton lihat betapa realistiknya lakunan
anda. Anda mahu dikenali selepas usaha anda ini. Anda mahukan ganjaran wang
RM10,000 yang dijanjikan kepada anda.
Tidakkah
anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara yang serupa
setiap hari dalam hidup anda. Kenapa mesti anda bersungguh-sungguh dalam
lakunan filem? Tidakkah anda sedar bahawa kita semuanya pelakun di pentas dunia
atau di pentas kehidupan. Kenapa tidak lakunkan watak orang cemerlang itu hari
ini. Anggapkan seolah-olah anda berhadapan dengan kamera. Kalau anda seorang
pelajar, maka bertindaklah seperti pelajar cemerlang di sekolah anda sekarang!
Sekiranya anda seorang pekerja, bertindaklah seolah-olah anda pekerja cemerlang
sekarang! Mula mengurus masa secara berkesan, menglibatkan diri secara aktif,
berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang. Lakukannya setiap
hari dan hasilnya nanti anda akan perolehi apa yang diperolehi oleh pelajar
cemerlang lainnya. Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakun itu
hari ini maka Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda. Orang
lainlah nanti yang akan berjaya. Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulamak,
peguam dan sebagainya. Orang lain yang akan dikenali dan nama mereka
disebut-sebut sebagai orang yang membawa perubahan dalam masyarakat. Orang lain
yang akan memperolehi pendapatan bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih
tiap-tiap bulan.
Anda tidak
punya pilihan lain. Untuk berjaya anda mesti mula berlakun hari ini. Hayati
watak orang cemerlang. Berfikirlah, bercakaplah dan bertindaklah seperti mereka
yang cemerlang. Lama kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan
harian anda. Ia akan menjadi sikap baru anda. Anda akan dapati mereka disekeliling
anda menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang bakal anda
perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu lagi kembali
kepada sikap negatif anda sebelum ini. Anda mula memikirkan untuk hidup dalam
kelompok dan persekitaran baru. Apa anda tunggu lagi? Lakunkanlah watak orang
cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan model ikutan anda.
Petua 3 :
Ubah Penampilan Diri
Sikap
positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali
mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya,
kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu
melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang
positif. Ambil contoh yang paling mudah, anda telah dijemput ke satu majlis
pelancaran oleh seorang rakan. Anda mengenakan baju biasa sahaja dengan berbaju
kemeja lengan pendek dan berseluar kasual. Sampai sahaja di sana, anda lihat
hampir kesemua mereka yang hadir lengkap berbaju batik atau berkot dan bertali
leher. Apa perasaan anda? Saya yakin walau bagaimana positif pun sikap anda,
anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda
sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan bergaya. Anda
pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri
dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Cuba fikirkan sejenak bagaimana
perasaan anda apabila anda mengenakan baju baru ke pejabat. Anda rasa lebih
bersemangat dan yakin.
Kemas, bersih dan rapi tidak semestinya berjenama. Tidak salah mempunyai pakaian dan aksesori yang berjenama sekiranya anda mampu tetapi ia bukannya suatu kemestian. Jangan pula seperti kata pepatah 'biar papa asal bergaya'. Anda perlu ingat bahawa pelaburan yang telah anda buat dalam membentuk penampilan diri atau imej yang positif mestilah membawa pulangan yang setimpal atau berbaloi. Kalau anda melaburkan wang ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan anda. Pelaburan yang dibuat mestilah mampu menjadikan anda lebih positif dan produktif. Sebab itu ramai jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif. Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian. Mereka meraih keuntungan dan pendapatan dengan mempunyai penampilan positif. Mereka mempengaruhi pelanggan dengan penampilan diri begitu.

Beberapa
perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:
- Potongan rambut - Potongan yang
sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.
- Pilihan warna dan corak -
Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta 'matching'.
- Jenis pakaian - Sama ada batik,
kasual, sukan, kot dan sebagainya.
- Kemas dan rapi - Sentiasa
digosok rapi.
- Kasut - Kasut yang sesuai
dengan tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.
- Aksesori - Jam tangan, beg,
gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.
- Jenama - Bukan perkara utama
tetapi digalakkan bagi yang mampu.
- Kesihatan diri - Keceriaan
wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.
- Gaya - Cara berjalan, bercakap,
ketawa dan mimik muka.
- Senyum - Rahsia utama
penampilan diri ialah senyuman yang terukir.
Tuntutan
penampilan diri ini berbeza-beza mengikut kedudukan anda dalam masyarakat dan
karier yang anda ceburi.
Walau siapa anda, sama ada sedar atau tidak anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui penampilan diri. Sebab itu permohonan untuk ke satu-satu pekerjaan perlu melalui proses temuduga. Mereka mahu melihat calon-calon secara terus bukan sekadar untuk menguji kebijaksanaan seseorang pemohon tetapi juga untuk melihat penampilan diri yang melambangkan sikap dan peribadi seseorang. Penampilan diri positif perlu dipatuhi oleh semua golongan masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, pekerja, eksekutif, pemimpin dan sebagainya.

Petua 4 :
Berkawan Dengan Orang Berjaya
Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.
Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.

Petua 5 :
Dalami Ilmu Kecemerlangan
Semangat ada ketikanya naik dan ada ketikanya luntur. Ada ketikanya kita terlupa tentang matlamat yang dikejar disebabkan oleh pelbagai urusan dan aktiviti lain. Ada ketikanya juga diri terasa malas dan bosan. Semuanya ini adalah lumrah hidup seorang manusia. Untuk mengekalkan semangat dan membina sikap positif maka anda perlulah sentiasa mendalami ilmu kecemerlangan diri. Anda boleh mendalaminya dengan banyak membaca buku-buku motivasi, berbincang dengan rakan-rakan tentang perancangan anda, menghadiri program dan ceramah motivasi. Anda juga perlu mendengar kaset-kaset motivasi dan mendapatkan bahan-bahan daripada internet. Semakin bertambahnya ilmu kecemerlangan diri didada maka semakin positif dan matang fikiran anda.
Petua 6 : Fokus Kepada Apa Yang Anda Mahukan
Anda sering mendengar bahawa sikap positif lahir dari pemikiran yang positif. Namun begitu fahamkah anda apa yang dikatakan fikir positif itu? Dalam hidup kita, kita hanya akan bertindak dan berusaha mengejar apa yang ada dalam fikiran kita. Iaitu apa yang terlintas, ternampak dan tergambar di fikiran.
Sebagai contoh mari kita lakukan aktiviti yang cukup mudah. Keluarkan sehelai kertas sekarang dan lakarkan suasana di sebuah pantai yang indah permai. Ambillah masa lebih kurang 5 minit untuk anda menyiapkan lukisan ini. Jangan pedulikan sama ada lakaran itu cantik atau tidak, lakarkan sahaja apa yang tergambar di fikiran anda tentang suasana di pantai.
Baik sekarang saya tanya anda, ada atau tidak lakaran kapalterbang di dalam lukisan itu? Ada atau tidak jeti dari tepi pantai sampai ke tengah laut? Ada atau tidak budak menjual air? Kalau tiada maka kenapa begitu? Jawapannya sebab anda tidak terfikir tentangnya. Atau lebih tepat lagi anda tidak langsung tergambar tentangnya. Oleh itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa kalau kita tidak tergambar akan sesuatu maka kita tidak mungkin dapat menghasilkannya.
Begitulah dari aspek kecemerlangan diri, untuk anda menjadi orang berjaya anda mesti gambarkan diri anda seorang yang berjaya. Anda mesti mampu melihat apa yang mahu dilakukan mulai hari ini untuk menjadi orang berjaya.
Fikirkan pula, positifkah anda apabila anda berkata:
- Mulai hari ini aku tidak malas lagi.
- Mulai hari ini aku tidak mahu tinggal solat lagi.
- Aku tidak mahu main-main dalam kelas lagi.
- Aku tidak mahu lawan cakap ibu bapa lagi.
Positifkah anda? Jawapannya ialah tidak! Hasrat anda memang baik tetapi fikiran anda negatif sebab anda fokus kepada apa yang anda tidak mahu. Anda tergambar bagaimana anda main-main dalam pekerjaan. Anda terbayang bagaimana anda melawan cakap ibu bapa, ketua dan sebagainya. Kalaulah ini yang tergambar maka inilah juga yang akan terhasil! Anda menghasilkan sesuatu yang negatif sedangkan hasrat anda baik.
Oleh sebab itu anda perlu ubah gambaran minda anda kepada gambaran yang positif dengan mengubah ucapan anda seperti berikut:
- Mulai hari ini aku seorang yang rajin.
- Mulai hari ini aku solat lima waktu.
- Aku akan tumpu pada guru dalam kelas.
- Aku ikut cakap ibu bapa.
Lihat, kata-kata di atas membawa maksud yang sama tetapi dari sudut yang positif. Maka yang tergambar juga adalah gambaran yang positif. Kalau yang positif anda nampak maka positiflah juga tindakannya nanti. Memanglah anda mungkin tidak berubah dengan hanya sekali, dua kali atau sepuluh kali berkata-kata secara positif. Tetapi kalau setiap hari dan beratus-ratus kali anda amalkan dalam hidup anda maka satu hari nanti tanpa anda sedari anda menjadi orang yang positif. Oleh itu ingatlah… fokus kepada apa yang anda mahukan!
Petua 7 : Kejayaan Silam Membarai Diri
Dalam hidup kita ini pasti ada sekali dua kita mencipta kejayaan sama ada kecil atau besar. Waktu kecil dulu mungkin kita pernah tewaskan rakan-rakan dalam suatu permainan dan kita berbangga dengannya. Mungkin juga kita pernah dulunya dipuji atas pencapaiaan, kualiti kerja atau kerajinan kita. Mungkin kita pernah menerima anugerah sebagai pemenang dalam apa jua pertandingan. Mulai hari ini cuba ingatkan kembali sebanyak mungkin kenangan manis ini dan senaraikan dalam diari anda. Setiap kali anda rasa tertekan, negatif, malas, bosan dan sebagainya maka bacalah diari anda ini dan hayati semula saat-saat tersebut. Gambarkan dengan jelas apa yang berlaku ketika itu. Rasakan apa yang anda rasakan ketika itu. Semangat anda akan membara sekiranya anda lakukannya bersungguh-sungguh. Semangat untuk kekal cemerlang ini akan menjana sikap yang positif.
Tidak kira betapa gagalnya anda rasa hidup ini namun pasti pernah sekurang-kuangnya sekali anda pernah dipuji atas kebaikan dan kejayaan silam.
Lakukan perkara berikut, sediakan satu buku kecil dan senaraikan semua kejayaan anda sejak dari dahulu hingga ke hari ini, sama ada kecil atau besar. Kemudian baca dan hayati apa yang anda tulis itu satu persatu, gambarkan keadaan ketika itu, rasakan perasaan anda ketika itu dan dengar apa yang anda dengar ketika itu. Lakukannya dengan penuh kesungguhan dan rasakan satu getaran perasaan yang positif yang mengalir dalam setiap urat nadi anda. Sentiasa kemas kini buku kecil anda ini dengan kejayaan-kejayaan baru. Ia adalah sumber tenaga dan kekuatan anda.
Anda mungkin tidak mengingati kesemuanya, tidak mengapa, ambil masa anda. Anda boleh tambah senarai kejayaan anda pada bila-bila masa sahaja.
Satu tabiat yang baik, mulai hari ini rakamkan setiap peristiwa penting dalam hidup anda sama ada melalui gambar atau rakaman video.
Setiap kali anda rasa tertekan, anda rasa tidak dihargai, anda rasa putus asa – lihat kembali buku kecil dan rakaman anda ini.
Petua 8 : Saranan Diri Positif
Untuk kekal dalam sikap positif anda perlu saran diri anda dengan katajaya yang merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh gunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan melazimkan hidup anda berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia memberi anda kekuatan untuk menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah.
Anda juga boleh cipta sendiri katajaya itu, misalnya:
“Kalau orang lain boleh.. Aku juga BOLEH!”
“Setiap kata-kata pasti akan dikota!”
“I’m the best!”
“I can do it!”
Jadikan kata-kata ini sebagai sebahagian dari hidup anda. Saran diri anda setiap hari dengan kata-kata ini hingga ia lazim dalam minda anda.
Petua 9 : Soal Diri Dengan Soalan Positif
Dalam sehari anda menyoal beribu-ribu soalan kepada diri anda, daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk masa depan anda. Anda mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti hari ini nak pakai baju apa? Nak makan di mana? Nak keluar denagn siapa? Nak balik pukul berapa? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi anda. Tetapi ada ketikanya anda menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memberikan kesan terhadap hidup anda seperti, Nak ambil kursus apa? Nak belajar lama mana? Nak rebut peluang atau tidak? Dan sebagainya.
Orang berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memajukan dirinya seperti:
- Apa hikmah disebalik ujian Allah ini?
- Apa lagi yang boleh aku buat untuk jadi lebih baik?
- Apa yang belum aku selesaikan lagi?
- Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada aku?
- Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara ini?
Semua soalan ini menjadikan anda lebih positif terhadap apa yang berlaku. Soalan yang diajukan akan membina kekuatan dalaman anda. Semakin berkualiti soalan yang dibentuk semakin berkualitilah diri anda.
Perbezaan antara seorang insan dengan insan yang lain ialah soalan lazim yang secara konsisten terbit difikiran. Manusia lemah sering mengutuk dan memperkecilkan dirinya sendiri. Mereka mungkin berkata:
- Nak buat macam mana aku ni lemah.
- Engkau lain aku lain.
- Engkau bolehlah aku ni siapa.
- Dah memang nasib aku begini, terima ajer lah..
- Buat berkali-kali pun gagal juga baik tak payah..
- Dah tahu diri tu bodoh buat apa tunjuk pandai.
Soalan yang positif akan:
- Megubah persepsi dan cara fikir kita
- Mengubah fokus kita
- Memberikan sumber kekuatan baru kepada kita
Petua 10 : Dapatkan Model Ikutan
Model ikutan adalah seseorang yang anda kagum dengan pencapaiannya dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa model ikutan terutamanya mereka yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu ceburi.
Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama pastilah Nabi Muhammad S.A.W.
Selain daripada Nabi s.a.w yang lain semuanya ada kelemahan. Malahan kita tidak boleh nafikan bahawa ulamak juga ada kelemahan sebab itu pendapat ulamak secara ijmak lebih diterima pakai dalam Islam berbanding pendapat hanya seorang ulamak sahaja.
Setelah anda kenal pasti model ikutan anda, cuba dapatkan gambar mereka. Baca juga kisah hidup mereka. Pelajari bagaimana mereka merancang dan bertindak. Cari potongan kata-kata ucapan mereka yang boleh dijadikan panduan hidup. Selami falsafah hidup mereka dan lihat bagaimana mereka mengatasi setiap masalah yang datang dalam hidupnya. Sebab semakin besar kejayaan seseorang itu maka semakin besarlah cabaran serta masalah yang telah mereka hadapi. Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang sering berada ditempat yang sama. Kejayaan bukanlah apa yang kita miliki tetapi apa yang kita pelajari. Siapa kita dipenghujung kehidupan ini jauh lebih penting berbanding apa yang kita perolehi ketika itu.
SEKIAN

Wednesday, 21 March 2012
| ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
||||||||||||||||
|
||||||||||||||||
LAMAN UTAMA >> |
Friday, 2 March 2012
Kebebasan perlu didisiplin
Oleh Shamrahayu A Aziz
bhnews@bharian.com.my
2011/12/27
Oleh Shamrahayu A Aziz
bhnews@bharian.com.my
2011/12/27
Hidup tanpa sekatan penyumbang kecelaruan sosial
KEBEBASAN bersuara dalam pelbagai aspek, termasuk kebebasan media, kebebasan berhimpun, kebebasan akademik, kebebasan menyertai parti politik (bagi pelajar universiti) dan seumpamanya sedang dan akan terus hangat diperkata. Begitu juga dengan kebebasan diri dan kebebasan peribadi seperti kebebasan seksual identiti dan seksual orientasi. Pembaca juga maklum, perkembangan semasa berkaitan kebebasan ini bukan perkara kecil. Ia sudah menular sehingga terdapat perselisihan besar antara beberapa kelompok orang kita.

Ramai yang menganggap dua jenis kebebasan ini, iaitu kebebasan bersuara dan
kebebasan diri adalah satu-satunya cara yang dapat menilai atau menentukan
tahap intelektual dan keupayaan identiti individu.
Sekiranya kita menganggap kebebasan adalah segalanya,
kita akan menjadikan kebebasan itu 'tuhan'. Dalam kata lain, kita akan
menganggap kebebasan itulah yang menentukan baik buruk atau sebagainya. Ini
adalah salah. Kebebasan cuma satu wadah, tetapi ia bukan penentu kepada
semuanya
Sejak dari dulu kala, manusia mengutamakan kebebasan
dalam pelbagai hal. Ramai ahli falsafah telah memberi pandangan mereka mengenai
kebebasan ini. Benar, dalam apa juga hal, kebebasan adalah perkara pokok.
Kebebasan akan menyumbang kepada pembangunan diri dan intelektual manusia.
Tanpa kebebasan manusia akan menjadi alat mainan mekanikal kanak-kanak, robot
atau boneka yang dikawal dengan tali. Dalam keadaan ini kita mengiktiraf
kebebasan manusia.
Namun begitu kita perlu ingat bahawa kebebasan bukan hanya relevan kerana demokrasi. Demokrasi juga bukan semata-mata kebebasan. Berkaitan, kebebasan juga bukan politik dan politik bukan semata-mata kebebasan. Saya menyebut ini kerana saya membaca daripada pelbagai sumber bahawa, kebebasan dituntut kerana demokrasi dan politik.
Asalnya, kebebasan diperlukan kerana sifat manusia. Ia secara umumnya dikawal oleh biologi atau emosi dan diri manusia itu sendiri. Dari asal kejadian manusia mempunyai naluri untuk bebas. Makna atau maksud ‘bebas’ dalam naluri manusia itu berbeza-beza. Perbezaan berkenaan wujud mengikut kepercayaan agama, keadaan sosial (termasuk emosi) dan juga undang-undang.
Bagaimanapun, kita harus sentiasa ingat bahawa kebebasan bukanlah segalanya. Sekiranya kita menganggap kebebasan adalah segalanya, kita akan menjadikan kebebasan itu ‘tuhan’. Dalam kata lain, kita akan menganggap kebebasan itulah yang menentukan baik buruk atau sebagainya. Ini adalah salah. Kebebasan cuma satu wadah, tetapi ia bukan penentu kepada semuanya.
Selain daripada itu, dalam kebebasan satu individu, terdapat kebebasan individu yang lain. Di sana juga terdapat kebebasan sesebuah masyarakat. Lantas, kebe-basan individu terikat dengan kebebasan individu lain dan juga kebebasan masyarakat.
Seiringan dengan itu, kita sedia maklum, sejak dari kejadian manusia itu juga setiap individu yang dinamakan manusia itu, setiap satunya mempunyai diri dan naluri yang tersendiri. Ada ketika tertentu naluri antara setiap satu itu akan bertembung dan bercanggah. Di sinilah justifikasi sekatan kepada kebebasan.
Oleh itu, kebebasan dan sekatannya tidak bertentangan antara satu sama lain. Kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Kedua-duanya hendaklah sentiasa ada bersama dan beriringan. Kebersamaan itulah yang akan membantu manusia mencapai tujuan utama kehidupan sebenar secara bersendirian, atau juga secara berkelompok dalam masyarakat.
Selain daripada itu, kebebasan tanpa sekatan menjadi penyumbang besar kepada kecelaruan sosial. Apa tidaknya, dari satu sisi, kebebasan peribadi dan kebebasan diri diperjuang, manakala dari satu segi yang lain pula kita saksikan rungutan kepada keruntuhan moral dan masalah sosial. Kebebasan peribadi dilaung, bila timbul masalah sosial kita bising dan menuding jari kepada kerajaan. Ini telah jelas berlaku di negara kita. Oleh itu kebebasan perlu didisiplinkan.
Pada falsafahnya kebebasan itu adalah satu ikatan. Kebebasan bukan lesen untuk bebas lepas tanpa ikatan atau tanpa sempadan. Kebebasan juga mempunyai pengisian kerohanian. Ia tidak memisahkan langit dan bumi – kebebasan tidak memisahkan manusia daripada tuhannya. Kebebasan bukan lambang keegoan. Kebebasan adalah lambang kesederhanaan. Kebebasan menyatakan yang benar walaupun sukar dan pahit. Kebebasan hendaklah sentiasa berada di atas landasan kejujuran. Ia menyebarkan yang benar dengan kejujuran.
Kebebasan bukan propaganda. Kebebasan tidak harus diniat dan diamal untuk menarik seseorang atau satu pihak ke sisinya. Kebebasan harus menyampaikan ilmu dan juga menjadi sumber asas pengetahuan. Kebebasan adalah proses atau mekanisme mengajak orang lain berfikir. Kebebasan adalah ejen pembuka minda, bukan penghalang kepada kebebasan minda. Kebebasan juga bertujuan untuk membaik pulih sesuatu yang tersalah. Kebebasan harus menyatupadukan, bukan memecah belah. Natijahnya, kebebasan hendaklah menjadi asas kepada penyatuan dan persefahaman.
Selepas menghayati falsafah kebebasan itu, kita perlu sentiasa teliti dalam menentukan sama ada kita perlukan kebebasan ataupun kita perlu pinggirkannya. Kita harus meneliti sama ada (antaranya); pertama, adakah kebebasan yang dituntut oleh sebahagian daripada kita di negara ini sebenarnya membawa kepada kebenaran; kedua, adakah kebebasan tersebut disertai dengan kejujuran; ketiga, adakah kebebasan yang dituntut itu adalah untuk membuka minda dan intelektual; dan keempat, adakah kebebasan itu semata-mata propaganda, sama ada bertujuan politik atau sebagainya, yang tidak akan membawa kita ke mana-mana kecuali kepada keruntuhan peribadi dan rohani, perpecahan dan kegawatan antara kita. Semoga kita tidak gelap mata dalam memilih dan memperjuangkan kebebasan.
Penulis ialah Profesor Madya di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Subscribe to:
Posts (Atom)